The article below was printed in Berita Harian, Sat, 22 Sep 08. Excerps reproduced below:
Pilihan bijak dari segi kain untuk baju dan samping menjadikan pemakainya bertambah tampan
Oleh
Zaharian Osman
APABILA menjelang Lebaran, kaum Adam juga turut ingin bergaya.
Tetapi tidak semua berani mencuba sesuatu yang baru. Baru dari segi penampilan dan bijak mengenakan pakaian mengikut cita rasa masing-masing.
Bagaimanapun di ModKebaya (Pusat Membeli-Belah Golden Landmark), yang lebih dikenali kerana fesyen wanita yang menawan, pereka fesyennya, Encik Muhd Zuhri, gemar bereksperimen dengan pakaian lelaki.
Warna mustard (kuning pekat) yang dikenakan dengan leher Teluk Belangah, kelihatan lebih menyerlah pada si pemakai apabila diterapkan sedikit sentuhan etnik.
Penggunaan doko perak menambah keceriaan serta pemilihan fabrik rayon atau SB Line memberi keselesaan pada pemakai.
Kain lembut ini lebih digemari, selain fabrik kulit peach yang tidak merimaskan atau mudah gelebeh.
Fesyen begini boleh digayakan tanpa songkok atau samping.
. . . . .